About Us

by: admin

0

About Us

by: admin

0

FA Selangor secara rasminya melancarkan Liga FAS 2019. Terdapat beberapa pembaharuan yang dilakukan untuk saingan Liga FAS bermula musim 2019 ini.

Untuk musim 2019, Liga FAS terdiri daripada 20 buah pasukan bagi setiap liga iaitu iaitu Liga Super, Liga Perdana I, Liga Perdana II, dan Liga Perdana III. Liga Super adalah liga peringkat tertinggi manakala Liga Perdana I, Perdana II, dan Perdana III adalah peringkat yang sama untuk tahun ini bagi menentukan kedudukan setiap pasukan dalam saingan Liga FAS 2020. Liga FAS 2020 pula terdiri daripada 4 peringkat liga iaitu Liga Super, Liga Perdana, Liga FAS Bahagian 1 dan Liga FAS Bahagian 2.

4 pasukan terbaik Liga Super 2019 akan layak ke Selangor Champions League 2019 manakala 4 pasukan tercorot akan tersingkir ke Liga Perdana 2020. Juara setiap bahagian Liga Perdana I, Liga Perdana II, dan Liga Perdana III 2018 pula akan dipromosi ke Liga Super 2020 dan layak bersaing untuk merebut satu lagi slot ke SCL 2019. Naib juara Liga Perdana I, Liga Perdana II, dan Liga Perdana III pula akan bersaing di peringkat playoffs bagi merebut slot terakhir ke Liga Super 2020.

Untuk musim 2020, 20 pasukan teratas daripada Liga Perdana I, II, III 2018 akan membentuk Liga Perdana FAS 2020. 20 pasukan pertengahan daripada Liga Perdana I, II, dan III 2018 pula akan membentuk Liga FAS Bahagian 1 2020. Akhir sekali 20 pasukan tercorot daripada Liga Perdana I, II, dan III akan berada di Liga FAS Bahagian 2 2020.